Cari @ Amanz

Dengan pengumuman Galaxy S4, semestinya pengguna peranti Galaxy S3 sedia ada inginkan beberapa fungsi baru yang diumumkan sama. Daripada apa yang dikongsikan pihak Samsung, ia dikatakan beberapa fungsi akan turut sama diperkenalkan pada Galaxy S3. Namun, seperti biasa, bilakah ia akan diperkenalkan masih menjadi persoalan.

Samsung turut mengatakan beberapa fungsi yang memerlukan sokongan hardware tambahan tidak akan diperkenalkan, dimana antaranya termasuklah fungsi yang memerlukan sokongan infrared yang didatangkan pada Galaxy S4.

Antara yang berkemungkinan semestinya adalah beberapa kemaskini, seperti pada S-Voice, S-Translator, dan berkemungkinan juga aplikasi kamera baru, dan beberapa yang lain.

Jadi, sekiranya anda baru membeli Galaxy S3, maka mungkin tidak perlu risau, dimana Samsung kelihatan akan memperkenalkan kemaskini khas untuknya, berkemungkinan akan disertakan bersama-sama kemaskini Android akan datang dari Samsung.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd