Peranti Tizen Daripada Samsung Pada Ogos Atau September Ini

Peranti Tizen Daripada Samsung Pada Ogos Atau September Ini

Diterbitkan pada Mac 15, 2013 oleh .

Tizen Dari SamsungPeranti Tizen daripada Samsung telah dinantikan sejak daripada tahun lepas, dan kini melalui sebuah temuramah khas bersama pihak Bloomberg, Samsung mengatakan peranti berasaskan Tizen dengan spesifikasi tinggi akan hadir ke pasaran pada bulan Ogos atau September ini.

Ia dikatakan peranti tersebut akan kelak menyertai beberapa peranti premium Samsung yang lain, sebaris dengan Galaxy S4 dan juga Galaxy Note 3 kelak.

Tizen merupakan platform operasi berasaskan sumber terbuka yang disokong oleh Linux Foundation, selain mempunyai sokongan daripada beberapa pengeluar yang lain, termasuk Huawei.

Dengan beberapa peranti dengan platform operasi baru akan memasuki pasaran pada penghujung tahun ini, semestinya kita boleh lihat Tizen tidak ingin ketinggalan sama.

Selain peranti berasaskan Tizen, peranti berasaskan Ubuntu Phone, dan juga Jolla turut disasarkan untuk diperkenalkan pada penghujung tahun ini.


TIPS & ULASAN