Huawei Ascend Mate Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Suku Kedua Tahun Ini

Huawei Ascend Mate Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada Suku Kedua Tahun Ini

Diterbitkan pada Mac 15, 2013 oleh .

Pada awal tahun ini, salah satu peranti yang dilancarkan oleh pihak Huawei adalah Huawei Ascend Mate. Dan kini mereka telah pun memulakan promosi peranti berkenaan melalui laman Facebook mereka.

Huawei Ascend Mate

Huawei Ascend Mate merupakan telefon pintar dengan skrin bersaiz 6.1-inci. Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz, memori sebanya 2GB RAM, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan menjalankan Android 4.1 Jelly Bean.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi peranti berkenaan masih tidak diketahui sepenuhnya. Daripada pertanyaan kami kepada pihak Huawei, mereka mengatakan ia akan dilancarkan di Malaysia pada suku kedua tahun ini. Memandangkan mereka telah memulakan promosi, mungkin kita boleh membuat spekulasi ia akan hadir seawal April kelak.


TIPS & ULASAN