26 Mac di San Francisco
Seperti mana desas-desus sebelum ini kedengaran, kini ia disahkan pihak Electronic Arts bakal memperkenalkan permainan terbaru siri Battlefield mereka pada penghujung bulan ini. Walaubagaimanapun, pelancaran rasminya mungkin mengambil masa beberapa bulan lagi.
Melalui jemputan untuk media antarabangsa yang mula dihantar oleh pihak EA, ia kelihatan mereka akan memperkenalkannya pada 27 Mac kelak.
Battlefield merupakan salah satu permainan bercorak aksi tembak-menembak FPS yang dibangunkan oleh DICE dan diterbitkan oleh pihak Electronic Arts. Beberapa siri telah diperkenalkan sebelum ini, dan terakhir sekali adalah Battlefield 3 yang diperkenalkan pada tahun 2011 yang didatangkan dengan bersama-sama expansion pack.
Walaupun maklumat rasmi mengenai permainan ini masih tidak diketahui sepenuhnya, namun beberapa laporan sebelum ini mengatakan permainan ini akan turut sama dioptimasikan untuk konsol PlayStation 4 yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.