Cari @ Amanz

Selain daripada Karangkraf, ia kelihatan pihak penerbitan Pelangi turut sama menggunakan perkhidmatan daripada OokBee dalam menyertai arena penerbitan digital, dimana kini mereka menyediakan aplikasi khas untuk para pengguna Android dan juga iOS.

Aplikasi Pelangi - OokBee

Seperti biasa, melalui aplikasi berkenaan pengguna boleh membuat pembelian dan memuat-turun buku-buku terbitan Pelangi ePublishing dalam format digital, dan membacanya pada telefon pintar atau tablet mereka.

Buat masa ini, daripada apa yang kami lihat hanya terdapat buku berbentuk novel sahaja, dan kami masih belum menemui buku berbentuk pembelajaran pada aplikasi berkenaan.

Apa pun, bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Pelangi untuk Android dan iOS pada peranti masing-masing, dan mencubanya sendiri.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd