FormSpring Akan Menamatkan Perkhidmatan Pada 31 Mac

FormSpring Akan Menamatkan Perkhidmatan Pada 31 Mac

Diterbitkan pada Mac 16, 2013 oleh .

Mungkin ramai pengguna aktif laman sosial sedia mengenali laman soal-jawab dinamakan sebagai FormSpring. Kini, melalui laman blog FormSpring, mereka mengumumkan yang mana perkhidmatan mereka bakal ditamatkan pada 31 Mac 2013 kelak, dan pengguna akan dapat mengesksport data daripada laman tersebut sehingga 15 April kelak.

FormSpring

Perkhidmatan FormSpring menyediakan setiap pengguna dengan profil tersendiri, membolehkan rakan-rakan bertanya akan soalan terus kepada pengguna. Pada mulanya ia diperkenalkan, perkhidmatan tersebut agak popular, tetapi boleh dikatakan ramai yang mula kurang menggunakannya dari hari ke hari.

FormSpring yang dilancarkan pada penghujung tahun 2009 ini dikatakan mempunyai lebih daripada 30 juta pengguna berdaftar. Bagi pengguna yang berdaftar, anda boleh memuat-turun data mereka daripada laman FormSpring hari ini untuk simpanan peribadi ataupun untuk digunakan pada laman lain.


TIPS & ULASAN