Nexus 7 Dengan Paparan HD Akan Hadir Sebelum iPad Mini Retina?

Nexus 7 Dengan Paparan HD Akan Hadir Sebelum iPad Mini Retina?

Diterbitkan pada Mac 16, 2013 oleh .

Laporan mengenai iPad Mini 2 dengan paparan Retina telah diperkatakan sejak daripada tahun lepas lagi. Kini, beberapa info berkenaan dengannya dikongsikan oleh salah satu firma penganalisa, selain turut berkongsi berkenaan Nexus 7 yang turut akan diberikan kemaskini pada tahun ini.

Nexus 7

Apple diperkatakan sedang bersedia dengan tablet iPad Mini mereka yang berkemungkinan membawakan skrin dengan resolusi 2048×1536 pixel pada ia, sekaligus membawakan kadar PPI sekitar 324 sekiranya Apple terus mengekalkan saiz 7.9-inci.

Manakala, Google pula dijangka akan turut sama hadir dengan Nexus 7 yang akan dikemaskini dengan paparan HD, pada resolusi 1920×1200 pixel, sekaligus membawakan kadar PPI pada 323.

Daripada apa yang dispekulasi, Nexus 7 dengan paparan HD ini dijangka akan hadir pada suku kedua tahun ini, sama seperti pada tahun lepas, manakala Apple pula dijangka akan hanya hadir pada suku ketiga atau keempat kelak.

Sekiranya benar, mungkin kita akan dapat melihat kemaskini ini daripada pihak Google menjelang acara tahunan mereka, Google I/O kelak.

Apa pun, sama-sama kita nantikan sama ada spekulasi ini benar ataupun hanya sekadar spekulasi biasa sahaja.

Jadi, apa kata anda?


TIPS & ULASAN