Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan pengguna bermain-main dengan rakaman wajah mereka, dan terkini, salah satu aplikasi daripada Yahoo! Jepun adalah aplikasi khas untuk pengguna iPhone dan juga iPad, dinamakan sebagai Face Stealer.

Face Stealer iOS

Face Stealer membolehkan pengguna menggunakan gambar wajah milik orang lain, dan menggunakannya pada wajah anda. Menariknya, ia boleh digunakan dalam bentuk masa-nyata, dan turut sama membolehkan pengguna merakamkan wajah mereka dan berkongsi menggunakan Facebook, Twitter ataupun berkongsi terus ke YouTube.

Pada aplikasi berkenaan Yahoo! menyertakan wajah Albert Einstein untuk digunakan. Tetapi pengguna turut sama boleh menambah wajah kegemaran mereka dengan menggunakan kamera terbina, ataupun membuat carian imej daripada internet.

Jadi, sekiranya anda merupakan pengguna peranti iOS, mungkin boleh memuat-turun aplikasi Face Stealer ini, dan mengejutkan rakan-rakan anda dengan gambar wajah baru anda yang digabungkan dengan gambar wajah milik yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd