Viber Untuk BlackBerry 10 Dengan Sokongan Panggilan Suara Akan Datang

Viber Untuk BlackBerry 10 Dengan Sokongan Panggilan Suara Akan Datang

Diterbitkan pada Mac 17, 2013 oleh .

Viber merupakan salah satu perkhidmatan permesejan dan panggilan suara yang boleh dikatakan popular pada platform Android dan juga iOS. Setelah memperkenalkan Viber untuk pengguna BlackBerry sedia ada, kini kelihatan pembangunnya juga akan memperkenalkan versi khas untuk BlackBerry 10 tidak lama lagi.

Viber untuk BlackBerry 10

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan. Menurut pembangunnya, kelak Viber untuk BlackBerry 10 akan dilancarkan dengan sokongan seumpama pada Android dan iOS, dan turut menyokong panggilan suara ketika pelancarannya kelak.

Versi Viber untuk pengguna BlackBerry sedia ada juga dijangka akan dikemaskini dengan sokongan panggilan suara tidak lama lagi.

Selain untuk BlackBerry, pembangunnya juga dijangka akan memperkenalkan versi untuk Windows Phone dalam masa terdekat.


TIPS & ULASAN