Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami pernah berkongsi akan mengenai pihak Tesco Malaysia yang akan membolehkan pengguna membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian mereka terus melalui web. Kini nampaknya perkhidmatan tersebut telah pun dimulakan, membolehkan pengguna membuat pembelian terus daripada kaca monitor anda.

Tesco Malaysia eShop

Seperti biasa, memandangkan ia masih pada peringkat permulaan, maka kawasan liputannya adalah masih terhad. Buat masa ini, Tesco Malaysia menawarkan perkhidmatan mereka di sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor, dimana kedudukan berdekatan dengan pasaraya Tesco diberikan keutamaan. Sebuah halaman khas turut disediakan membolehkan pengguna menyemak sendiri sama ada kawasan mereka diliputi ataupun tidak.

Tesco Malaysia eShop

Dari segi produk, pelbagai jenis produk mengikut kategori masing-masing ditawarkan melalui laman web Tesco, membolehkan pengguna membuat tempahan dan dihantar terus ke alamat rumah mereka.

Sebaik sahaja membuat tempahan, pengguna boleh memilih masa penghantaran, dan membuat pembayaran setelah menerima barangan. Namun, untuk tujuan harga, Tesco menggunakan istilah “Guide Price“, dimana ia berdasarkan kepada harga hari penghantaran dan bukannya ketika tempahan.

Tesco Malaysia eShop

Pada masa yang sama, untuk tujuan penghantaran, kelihatan tambahan RM10 dikenakan. Namun, sekiranya anda membuat tempahan pembelian untuk pelbagai barangan dan dalam kuantiti tinggi, mungkin ia agak berbaloi.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh menyemak perkhidmatan Tesco Malaysia eShop hari ini, dan mula membuat pembelian menggunakannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd