Microsoft Akan Menyokong Windows Phone 7.8 Dan Windows Phone 8 Sehingga 2014

Microsoft Akan Menyokong Windows Phone 7.8 Dan Windows Phone 8 Sehingga 2014

Diterbitkan pada Mac 17, 2013 oleh .

Jikalau sebelum ini kita ketahui akan mengenai sampai bilakah Windows 8 akan disokong, kini Microsoft melalui sebuah halaman khas memperlihatkan Windows Phone 7.8 dan juga Windows Phone 8 akan disokong selama 18 bulan sejak ia dilancarkan.

Perkara ini sekaligus menjadikan Windows Phone 8 akan disokong sehingga 8 Julai 2014 kelak, sementara Windows Phone 7.8 pula akan disokong sehingga 9 September 2014.

Sepanjang tempoh ini, Microsoft akan menyediakan kemaskini kepada sistem operasi, termasuk kemaskini dari segi sekuriti dan sebagainya. Walaubagaimanapun, seperti biasa, setiap kemaskini masih bergantung kepada syarikat telekomunikasi, dan berbeza mengikut negara dan juga peranti.

Namun, seperti biasa, sebelum tempoh tersebut, Microsoft dijangka akan memperkenalkan kemaskini sistem operasi mereka. Kemaskini untuk Windows Phone 8 dijangka akan tiba pada penghujung tahun ini, manakala ia masih tidak diketahui lagi untuk pengguna Windows Phone 7.8.


TIPS & ULASAN