Cari @ Amanz

Google+ Hangout boleh dikatakan semakin popular digunakan dari hari ke hari dalam pelbagai perbincangan. Setelah pihak Google menguji integrasi Google Docs pada Hangout sejak tahun lepas, kini fungsi tersebut diperkenalkan kepada semua pengguna Google+.

Google Plus Docs

Melalui integrasi Google Docs pada Hangout, kini pengguna boleh bersembang dan berbincang dengan rakan-rakan lain, dimana pada masa yang sama membuat penyuntingan sesuatu dokumen atau sebagainya.

Pengguna boleh menambah dokumen paru atau memuat-naik dokumen sedia ada pada Hangout, dan kemudian bersama-sama dengan rakan-rakan lain membuat penyuntingan pada dokumen tersebut.

Sokongan ini mungkin agak berguna bagi mereka yang sering berbincang mengenai sesuatu idea, ataupun untuk pelajar yang ingin membuat projek dan sebagainya.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan sokongan Google+ Hangout bersama-sama integrasi Google Docs ini?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd