Cari @ Amanz

Beberapa aplikasi permesejan dari Asia, seperti LINE dan lain-lain kelihatan telah mengintegrasikan sokongan pemainan pada aplikasi permesejan mereka, namun berbeza dengan WhatsApp yang masih memfokuskan kepada permesejan sahaja buat masa ini.

Namun, mengikut laporan hari ini, ia dikatakan WhatsApp akan bekerjasama dengan salah sebuah syarikat pembangun permainan di Korea, dikenali sebagai WeMade. Memandangkan kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi buat masa ini, maka ia masih dikategorikan sebagai ura-ura sahaja.

Adakah anda akan mengemarinya ataupun sebaliknya?WhatsApp telah sedia menyokong pelbagai platform dan digunakan ramai pengguna seluruh dunia, bukan sahaja pada telefon pintar, tetapi turut sama boleh digunakan pada peranti Nokia Asha dan beberapa yang lain.

Buat masa ini, ia masih belum disahkan lagi sama ada pihak WhatsApp akan mengintegrasikan sokongan permainan pada aplikasi mereka ataupun tidak.

Namun, sekiranya mereka mengintegrasikannya, walaupun memberikan lebih penggunaan dan interaksi dikalangan pengguna, tetapi pada masa yang sama mungkin tidak digemari ramai yang menggunakannya sebagai aplikasi permesejan utama mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd