18 Juta Orang Pengguna Malaysia Kini Mengakses Internet

18 Juta Orang Pengguna Malaysia Kini Mengakses Internet

Diterbitkan pada Mac 18, 2013 oleh .

Dengan internet yang kini menjadi salah satu komoditi utama dalam melakukan tugasan dan sesuatu kerja, kadar pengguna tempatan yang mengaksesnya juga terus meningkat, dimana kini dikatakan sebanyak 62% isi rumah mempunyai akses kepada jalur-lebar.

Google Web Academy - UITM

Angka ini dikongsikan melalui acara pengenalan Google Web Academy yang diadakan di UITM pada penghujung minggu lepas.

Dengan sebanyak 62% isi rumah mempunyai akses kepada jalur-lebar, ia menjadikan seramai 18 juta pengguna tempatan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat, tugasan kerja, mahupun melayari laman sosial dan lain-lain melaluinya.

Disamping akses internet, ia kelihatan penggunaan telefon pintar di rantau Asia Tenggara meningkat sehingga 50 kali ganda sepanjang tiga tahun ini, sekaligus memperlihatkan potensi yang tinggi dalam arena internet di rantau ini.


TIPS & ULASAN