Aplikasi Flickr Untuk iOS Dikemaskini Dengan Sokongan Hashtag

Aplikasi Flickr Untuk iOS Dikemaskini Dengan Sokongan Hashtag

Diterbitkan pada Mac 18, 2013 oleh .

flickrSementara beberapa laporan sebelum ini mengatakan Facebook akan mengintegrasikan sokongan hashtag pada perkhidmatan mereka, kini nampaknya Flickr melangkah setapak kehadapan dengan mengimplementasikan sokongan tersebut pada aplikasi iOS mereka.

Walaubagaimanapun, ia hanya disokong pada aplikasi iOS sahaja buat masa ini, dimana hashtag diperlihatkan dibawah sesuatu gambar, sekaligus memudahkan pengguna membuat carian gambar berkaitan dan sebagainya.

Sokongan hashtag kelihatan popular dikalangan laman-laman sosial akhir-akhir ini, apatah lagi sejak ia dipopularkan pada Twitter. Selain Twitter, Instagram dan juga Google+ turut sama mempunyai sokongan tersebut.

Untuk Flickr pula, mungkin kita akan dapat melihat ia turut diperkenalkan pada versi Android, mahupun web mereka tidak lama lagi.

Muat-Turun Aplikasi Flickr untuk iOS


TIPS & ULASAN