Pada tahun lepas, Celcom dengan kerjasama pihak MDeC dan MyAppzil telah pun mengumumkan salah satu pertandingan pembangunan aplikasi Android, dan kini pemenang akhirnya telah pun diumumkan oleh pihak Celcom secara rasminya.
Daripada pelbagai penyertaan yang diterima, sebanyak dua aplikasi diumumkan sebagai pemenang, selain turut memperlihatkan beberapa aplikasi lain yang turut menyertai pertandingan tersebut.
1. Malacca Offline Travel Map
Seperti pada namanya, aplikasi Android ini menawarkan peta Melaka untuk digunakan walaupun tanpa akses internet, dimana ditanda dengan pelbagai lokasi-lokasi menarik untuk dilawati, selain turut sama menawarkan sokongan perkongsian gambar dan lain-lain.
2. Penyu
Penyu pula merupakan salah satu aplikasi interaktif daripada Icon Mobi Solution, yang mana sebelum ini turut hadir dnegan beberapa aplikasi menarik. Melalui Penyu, ia membawakan sebuah live wallpaper, membolehkan pengguna membelanya dan melihat ia membesar dari hari ke hari.
Mobile Jawi
Walaupun tidak menang, salah satu aplikasi yang menarik minat kami adalah MobileJawi. Ia pertama kali diperlihatkan kepada kami oleh LowyatNET pada minggu lepas, dimana melalui aplikasi ini ia menawarkan papan kekunci atas-skrin universal, membolehkan pengguna menaip dalam Jawi, selain turut sama menyertakan sokongan perkataan cadangan dan ramalan pada ia.
….
Pelbagai aplikasi lain turut menyertai pertandingan in dan boleh dimuat-turun melalui MyAppZil hari ini. Buat masa ini, ia tidak memasuki Google Play Store, dan memerlukan pengguna memuat-turunnya dan mendapatkannya melalui MyAppZil sahaja.