Carian
Adakah Google Akan Cuba Hadir Dengan Aplikasi Pengambilan Nota Sekali Lagi?
March 18, 2013 Aman

Google KeepIngatkah lagi dengan perkhidmatan Google Notebook yang dimatikan oleh Google sebelum ini? Kini, mengikut beberapa laporan dan daripada paparan skrin yang kelihatan di laman Google Drive, tampak seperti Google sekali lagi akan mencuba dalam perkhidmatan pengambilan nota melalui apa yang dinamakan sebagai Google Keep.

Daripada apa yang dikongsikan oleh pihak Android Police, ia kelihatan mereka dapat mengakses perkhidmatan tersebut untuk sementara sebelum ia hilang daripada laman Google Drive.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Google akan melancarkan perkhidmatan yang dinamakan Google Keep ini kepada umum ataupun tidak.

Google Keep

Dengan pelbagai perkhidmatan pengambilan nota yang mendapat perhatian, seperti Evernote dan lain-lain, ia mungkin tidak mustahil untuk Google turut sama memperkenalkannya, dan sekiranya ya, mungkin kita akan melihatnya turut didatangkan sebagai aplikasi Android dan lain-lain.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan Google Keep ini?

Komen