Evernote boleh dikatakan salah satu aplikasi pengambilan nota yang boleh dikatakan popular diseluruh dunia. Kini, Evernote mengumumkan kerjasama dengan pihak DiGi, sekaligus menawarkan perkhidmatan premium mereka bersama-sama dengan pelan tablet daripada DiGi.
Bersama-sama dengan pengumuman kerjasama ini, Evernote berkongsi akan yang mana perkhidmatan Evernote yang turut ditawarkan dalam Bahasa Malaysia mempunyai lebih kurang 20,000 pengguna baru setiap bulan dari Malaysia.
Mengikut apa yang pernah dikongsikan pihak Evernote, terdapat sekitar 350,000 pengguna Evernote di Malaysia, dan angka ini dijangka akan terus berkembang dengan lebih positif hasil bekerjasama dengan pihak DiGi.
Melalui kerjasama dengan pihak DiGi, bagi para pengguna baru yang melanggan pakej terpilih untuk jalur-lebar untuk tablet, mereka akan menerima langganan percuma untuk Evernote Premium selama tiga bulan.