WhatsApp adalah salah satu aplikasi permesejan popular dimana ia menggunakan konsep langganan pada Android, BlackBerry dan Windows Phone, tetapi sebaliknya pada iOS ia hanya menggunakan konsep perlu beli sekali dan guna tanpa had.
Namun, perkara tersebut dijangka berubah tidak lama lagi pada tahun ini, dan pengguna iOS juga akan diperlukan mengguna pakai perkhidmatan WhatsApp berasaskan langganan. Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang diberikan berkenaan bilakah ia akan diimplementasi.
Walaupun mereka mengenakan caj langganan, namun, amat jarang sekali kita dengar pengguna dikenakan bayaran, dan sering-kali pihak WhatsApp menawarkan aplikasi mereka secara percuma bersama-sama kemaskini langganan tahunan secara percuma.
Tetapi, sekiranya caj diimplementasikan kepada semua pengguna sekalipun, mungkin pengguna tidak berkira memandangkan hanya sekitar $0.99 untuk setahun, dimana agak murah berbanding perkhidmatan permesejan tanpa had yang ditawarkan mereka.