Cari @ Amanz

Sony Mobile hari ini memperkenalkan dua lagi peranti baru dibawah keluarga Xperia, sekaligus menyertai Xperia Z dan Xperia ZL untuk tahun 2013 ini. Dua peranti baru yang diumumkan oleh Sony Mobile hari ini adalah Xperia SP dan juga Xperia L.

Xperia SP adalah peranti dengan skrin bersaiz 4.6-inci, kamera 8-megapixel dengan sokongan Exmor RS, cip pemprosesan dwi-teras 1.7GHz Krait, bateri 2370 mAh, dan pelbagai sokongan lain seperti MHL, NFC dan lain-lain.

xperia-sp

Xperia L pula merupakan peranti dengan spesifikasi asas, iaitu menyertakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, skrin bersaiz 4.3-inci FWVGA, kamera 8-megapixel, dan bateri berkapasiti 1750mAh. Ia turut sama menyertakan sokongan NFC, seperti kebanyakkan peranti Sony yang lain.

Xperia L

Kedua-dua peranti ini menyertakan Android 4.1 Jelly Bean sebagai sistem operasi, dan dari segi rekabentuk, ia menyertakan butang kuasa ikonik Sony pada kedua-duanya.

Kedua-dua peranti ini dijangka mula dijual pada suku kedua tahun ini. Namun masih tidak diketahui bilakah kedua-dua peranti ini akan memasuki pasaran Malaysia, dan berapakah harga jualannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd