Nampaknya masalah berulang kembali, apabila kini lebih kurang sejak pukul 2 pagi tadi, perkhidmatan P1 menghadapi masalah untuk mengakses pelbagai laman-laman yang dihoskan pada pelayan-pelayan di luar Malaysia.
Daripada ujian kami sendiri, pelbagai laman termasuk Twitter dan juga Facebook menghadapi masalah untuk diakses. Namun, YouTube tidak mempunyai sebarang halangan, dan boleh diakses tanpa sebarang masalah.
Ia tidak diketahui apakah punca sebenar disebaliknya. Masalah seumpama ini bukanlah kali pertama dihadapi oleh P1, dimana sebelum ini masalah serupa pernah turut dihadapi oleh mereka. Kami juga tidak pasti sama ada masalah ini dihadapi oleh pengguna P1 seluruh Malaysia ataupun hanya pada beberapa kawasan sahaja.
Tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan buat masa ini.