Cari @ Amanz

Google melalui perkhidmatan pemetaan mereka telah memudahkan pengguna melawati pelbagai lokasi terus daripada pelayar web. Setelah membolehkan pengguna melihat gambar didalam dasar laut, kini Google terus menambah lokasi baru, dimana terkini kelihatan mereka memberikan perhatian kepada kawasan pergunungan.

Google Maps Gunung

Melalui kemaskini terbaru, Google menambah gambar 360 darjah untuk beberapa kawasan pergunungan popular dan terkemuka, termasuk Gunung Everest dan juga Kilimanjaro.

Daripada apa yang dikongsikan oleh Google, untuk menjayakan rakaman gambar di kawasan pergunungan ini, mereka membawa sebuah tripod ringan bersama-sama dengan kamera digital dengan lensa fisheye. Google sendiri turut menyediakan beberapa gambar disebalik tabir rakaman dikawasan pergunungan ini.

Bagi anda yang berminat, boleh membuka Google Maps hari ini, dan mula melawati beberapa kawasan pergunungan temasuk Everest, Kilimanjaro, Aconcagua, dan Elbrus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd