Bersama-sama dengan pelancaran telefon pintar terbaru Acer, pihak Acer Malaysia juga turut sama mengumumkan konsep “cuba dulu sebelum beli”, membolehkan pengguna mencuba dulu peranti Acer sebelum membelinya.
Daripada apa yang dikongsikan, melalui pengedar rasmi yang menyertai program ini, pengguna boleh mencuba telefon pintar Acer Liquid C1 ini selama tiga hari, dan sekiranya tidak berpuas hati boleh mengembalikannya dan mendapatkan duit mereka kembali.
Boleh dikatakan ini adalah pertama kali pengeluar peranti mengumumkan konsep seumpamanya, sekaligus membolehkan pengguna membuat keputusan akhir setelah mencubanya setelah tiga hari.