Wikimedia Mengumumkan Kerjasama Dengan Axiata – Menawarkan Akses Wikipedia Secara Percuma

Wikimedia Mengumumkan Kerjasama Dengan Axiata – Menawarkan Akses Wikipedia Secara Percuma

Diterbitkan pada Mac 19, 2013 oleh .

WikipediaSelepas DiGi, kini Axiata mengumumkan kerjasama dengan pihak Wikimedia, sekaligus membolehkan para pengguna mengakses Wikipedia pada peranti mudah-alih mereka secara percuma tanpa sebarang caj. Di Malaysia, Celcom akan menawarkan perkhidmatan tersebut kepada para pelanggan mereka.

Dalam usaha untuk membolehkan lebih ramai pengguna untuk mengakses maklumat dan informasi berguna secara percuma, Wikimedia telah pun mengumumkan kerjasama dengan beberapa syarikat telekomunikasi seluruh dunia sebelum ini.

Buat masa ini, Celcom masih belum berkongsi bagaimanakah pengguna akan dapat menikmati perkhidmatan Wikipedia Zero ini, dan mungkin kita boleh nantikan pengumuman rasmi daripada Celcom dalam masa beberapa hari lagi.


TIPS & ULASAN