Semua Warga Telekom Malaysia Menerima Saguhati RM500

Semua Warga Telekom Malaysia Menerima Saguhati RM500

Diterbitkan pada Mac 19, 2013 oleh .

Sebagai menghargai sumbangan warga Telekom Malaysia dalam membangunkan sektor telekomunikasi negara, hari ini Perdana Menteri mengumumkan yang mana setiap warga warga Telekom Malaysia akan menerima wang saguhati sebanyak RM500, dimana akan dibayar melalui duit TM sendiri.

Dengan pengumuman ini, ia sekaligus membuatkan seramai lebih kurang 26,000 pekerja dan warga Telekom Malaysia menerima wang saguhati berkenaan, dimana akan dibayar sebelum tarikh 25 Mac ini.

Telekom Malaysia juga pada bulan Mac ini bakal menyambut ulang-tahun pengenalan internet jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka – UniFi, dan semestinya pengumuman ini akan mengembirakan para warga Telekom Malaysia seluruh negara.


TIPS & ULASAN