Selain daripada pengumuman berkaitan wang saguhati untuk warga Telekom Malaysia, Perdana Menteri kita, Najib Razak turut sama mengumumkan akses internet percuma untuk 30 minit pertama untuk warga kurang berkemampuan di kawasan pedalaman.
Perkhidmatan tersebut dijangka kelak akan dilaksanakan dan diperkenalkan oleh pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Melalui tawaran ini, semestinya ia membolehkan pelbagai warga Malaysia menikmati era digital, dan tidak ketinggalan dalam dunia internet yang semakin berkembang pesat dari hari ke hari.
Buat masa ini, pelbagai persoalan timbul berkaitan bagaimanakah 30 minit pertama tersebut akan diambil-kira, samaada daripada sambungan internet, ataupun ditetapkan mengikut harian dan sebagainya. Dan semestinya boleh dikatakan waktu selama 30 minit agak terhad, dan sekiranya kelajuan internet adalah amat rendah disesuatu kawasan, maka masa singkat tersebut mungkin tidak dapat digunakan sepenuhnya.
Apa pun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut diumumkan oleh kementerian berkaitan tidak lama lagi.