Cari @ Amanz

Opera SoftwareSalah satu wakil Telenor Group, iaitu DiGi telah pun sedia menawarkan beberapa perkhidmatan hasil kerjasama dengan pihak Opera Software. Dan melalui pengumuman hari ini, kedua-dua syarikat ini dijangka akan terus bekerjasama dan beberapa perkhidmatan baru turut sama dijangka akan ditawarkan oleh mereka.

Melalui pengumuman baru ini, selain daripada hanya menawarkan pelayaran web melalui Opera Mobile, kerjasama mereka juga turut meliputi untuk Opera Email, kedai aplikasi Opera, platform pembayaran dan juga pengiklanan.

Sebelum ini, DiGi telah menawarkan Opera Mini melalui kerjasama mereka, dimana dikatakan lebih setengah juta pengguna baru berjaya diperoleh dalam masa hanya empat bulan sahaja. Selain itu, DiGi juga merupakan syarikat telekomunikasi pertama dunia yang menawarkan Opera Web Pass, membolehkan pengguna membeli pelan data dengan mengakses terus melalui Opera Mini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd