Carlist.my Menerima Pelaburan Strategik Sebanyak RM42.2 Juta

Carlist.my Menerima Pelaburan Strategik Sebanyak RM42.2 Juta

Diterbitkan pada Mac 19, 2013 oleh .

Di Malaysia, salah satu laman iklaneka berkaitan kereta yang boleh dikatakan antara yang popular di Malaysia adalah Carlist.my. Hari ini, syarikat tersebut mengumumkan yang mana mereka telah pun menerima pelaburan strategik daripada syarikat Australia – CarSales.com Ltd.

Daripada apa yang dikongsikan pihak iCar Asia, iaitu syarikat disebalik Carlist.my, mereka akan menggunakan wang pelaburan tersebut dalam terus membangunkan platform teknologi mereka, disamping pada masa yang sama mengukuhkan kedudukan jenama mereka di Malaysia.

Carlist.my dikatakan mempunyai lebih daripada 3,000 pengedar pada lamannya, dengan lebih 108,488 penyenaraian kereta. Dengan pelaburan ini, mungkin kita akan dapat melihat laman iklaneka Carlist.my ini terus diperluaskan, dengan lebih ramai menggunakannya dalam mencari kenderaan, disamping menjual melaluinya.


TIPS & ULASAN