TripZilla merupakan salah satu laman yang memudahkan pengguna dalam membuat carian tawaran pakej pelancongan yang menarik daripada pelbagai agensi, dan membuat tempahan melaluinya. Menggunakannya, pengguna boleh membuat perbandingan antara satu agensi dan yang lain, dan membuat keputusan yang lebih baik, serta menjimatkan duit mereka.
Perkhidmatan yang dimulakan beberapa tahun lepas di Singapura ini telah pun diperluaskan ke beberapa buah negara, dan terkini, ia turut hadir ke Malaysia.
Bersama-sama dengan pelancaran TripZilla di Malaysia, sebanyak 70 agensi pelancongan menyertai mereka, dengan menyenaraikan lebih 3000 tawaran melalui laman tersebut. Selain hanya penyenaraian biasa dan boleh membandingkan sesuatu tawaran antara satu sama lain, pengguna juga turut sama boleh mengetahui tawaran semasa melalui laman Travel Deals yang disediakan pada TripZilla.
Bagi anda yang akan melancong dalam masa terdekat, mungkin boleh menyemak laman TripZilla Malaysia, dan sekiranya anda mempunyai laman lain dengan fungsi seumpamanya, jangan lupa berkongsi ia bersama-sama kami melalui ruangan komen.