Samsung Mengesahkan Sedang Membangunkan Jam Tangan Pintar

Samsung Mengesahkan Sedang Membangunkan Jam Tangan Pintar

Diterbitkan pada Mac 19, 2013 oleh .

Samsung Galaxy WatchMelalui sebuah temuramah bersama-sama dengan pihak Bloomberg, kini gergasi elektronik daripada Asia, iaitu Samsung telah pun mengesahkan yang mana mereka sedang menyediakan sebuah jam tangan pintar.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan bilakah jam tangan pintar berkenaan akan dilancarkan, dan apakah fungsi-fungsi menarik yang akan disertakan pada peranti berkenaan nanti.

Ura-ura berkenaan jam tangan pintar daripada Samsung kedengaran sejak bulan lepas, dengan beberapa antaramuka skrin yang tertiris ke arena web. Selain daripada Samsung, Apple juga dikatakan akan memperkenalkan jam tangan pintar. Namun, pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan dengannya sehingga ke hari ini.


TIPS & ULASAN