Carian
NVIDIA Memperlihatkan Perancangan Untuk Cip Tegra Akan Datang – “Logan” dan “Parker”
March 20, 2013 Aman

Pada CES 2013 awal tahun ini, NVIDIA telah pun memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka untuk peranti mudah-alih, iaitu Tegra 4. Selepas ia dilancarkan, hari ini NVIDIA berkongsi perancangan mereka sehingga 2015 kelak.

Tegra Akan Datang

Daripada apa yang diperlihatkan, selepas Tegra 4 yang diperkenalkan pada awal tahun ini, dua lagi cip pemprosesan akan menyusul, dimana menggunakan nama kod “Logan” dan “Parker” buat masa ini.

“Logan” kelak dikatakan akan mengintegrasikan GPU NVIDIA Kepler, sekaligus membawakan keupayaan grafik dan pemprosesan yang lebih menarik melaluinya. “Parker” pula dikatakan akan menjadi cip pertama daripada Project Denver, dimana akan turut menyertakan kebolehan 64-bit melaluinya, selain menyertakan GPU daripada NVIDIA Maxwell.

Dengan arena peranti mudah-alih yang kini memperlihatkan saingan sengit antara satu sama lain, NVIDIA turut sama bersaing dengan pelbagai pengeluar lain dalam menghasilkan cip pemprosesan yang pantas dengan keupayaan grafik dan beberapa sokongan menarik yang lain.

Mungkin kita akan mendengar dengan lebih lanjut berkenaan dengan cip pemprosesan “Logan” dan “Parker” ini dalam beberapa bulan lagi.

Komen