Yahoo! Dalam Perbincangan Untuk Membeli Pegangan Pada Laman Video DailyMotion

Yahoo! Dalam Perbincangan Untuk Membeli Pegangan Pada Laman Video DailyMotion

Diterbitkan pada Mac 20, 2013 oleh .

DaliyMotionWSJ hari ini melaporkan yang mana Yahoo! dalam perbincangan dalam membeli sejumlah pegangan dalam salah satu laman video popular, iaitu DailyMotion. Laporan awal mengatakan kemungkinan untuk membeli pegangan sehingga 75% pada DailyMotion.

Buat masa ini, ia dilaporkan perbincangan ini masih pada peringkat awal, dan tidak diketahui lagi bagaimanakah pengakhirannya kelak.

Yahoo! dibawah Marissa Mayer kelihatan memfokuskan kembali kepada beberapa perkara, disamping pada masa yang sama mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena media. Walaupun mereka mempunyai Flickr untuk pengehosan gambar, namun dari segi video, Yahoo! boleh dikatakan agak ketinggalan berbanding pesaing yang lain, terutamanya Google.

Dengan pengambil-alihan DailyMotion, semestinya ia akan menguntungkan pihak Yahoo!, disamping membolehkan mereka meluaskan kedudukan mereka dalam arena internet.


TIPS & ULASAN