Cari @ Amanz

Pada Linux, salah satu fungsi yang diminati ramai adalah kebolehan memasang dan menguruskan perisian terus menggunakan sesuatu command. Menariknya, kini pengguna Windows turut sama boleh menikmati sokongan tersebut pada komputer mereka melalui salah satu perisian yang dinamakan sebagai Chocolatey.

Pemasangan Chocolatey itu sendiri dilaksanakan melalui Command Prompt pada Windows, dimana pengguna hanya perlu membuka Command Prompt pada komputer mereka, seterusnya memasukkan teks berikut pada tetingkap tersebut :

@powershell -NoProfile -ExecutionPolicy unrestricted -Command "iex ((new-object net.webclient).DownloadString('http://chocolatey.org/install.ps1'))" && SET PATH=%PATH%;%systemdrive%\chocolatey\bin

Untuk menyalinnya ke Command Prompt, pengguna hanya perlu memilih teks berkenaan, dan kemudian pada tetingkap Command Prompt, Paste teks tersebut. Segalanya perlu dilakukan menggunakan tetikus, memandangkan kekunci pintas tidak disokong pada tetingkap Command Prompt.

Sebaik sahaja membuatnya, pengguna akan diperlihatkan dengan proses memuat-turun, dan kemudian aplikasi Chocolatey akan dipasang pada komputer mereka.

Ia sekaligus membolehkan pengguna membuat pemasangan pelbagai aplikasi dan perisian lain pada komputer mereka, terus melalui Command Prompt.

Daripada pangkalan data Chocolatey, buat masa ini, hanya terdapat sekitar beberapa ratus perisian sahaja, dan diantara yang popular termasuk Firefox, VLC, Chrome, NotePad++ dan beberapa yang lain.

Untuk memulakan pemasangan, pengguna hanya perlu menaip cinst dan diikuti nama perisian. Sebagai contoh, cinst notepadplusplus, dan seterusnya ia akan dimuat-turun dan dipasang pada komputer anda.

Chocolatey

Pengguna boleh melihat pelbagai kata kunci untuk pengurusan Chocolatey ini dengan menaip chocolatey /? pada tetingkap Command Prompt anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd