Sandip Das Akan Meninggalkan Jawatan CEO Maxis Lebih Awal – Pada 15 April 2013

Sandip Das Akan Meninggalkan Jawatan CEO Maxis Lebih Awal – Pada 15 April 2013

Diterbitkan pada Mac 20, 2013 oleh .

MaxisPada tahun ini, seperti ramai sedia maklum, Maxis akan melakukan perubahan CEO mereka, dimana Sandip Das dijadualkan untuk menamatkan tugasan pada 30 Jun 2013. Namun, kini dilaporkan, beliau akan meninggalkan Maxis lebih awal, iaitu efektif pada 15 April 2013 kelak.

Sandip Das sebelum ini telah bertugas selama lebih kurang 6 tahun, dan turut sama memantau operasi Aircel di India.

Bakal menggantikan Sandip Das, bermula daripada 1 Julai 2013 kelak adalah Johan Dennelind, yang mana sebelum ini pernah bertugas di DiGi.


TIPS & ULASAN