Freelancer.com Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada Minggu Hadapan

Freelancer.com Bakal Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mac 20, 2013 oleh .

Setelah melancarkan versi tempatan di Indonesia pada tahun lepas, kini Freelancer.com turut sama berkongsi dengan kami, mengatakan mereka bakal melancarkan perkhidmatan mereka secara rasminya untuk pasaran tempatan pada minggu hadapan.

Untuk yang tidak ketahui akan laman Freelancer.com, ia merupakan salah satu platform yang menghubungkan para pembangun dan pekerja bebas, dengan pelbagai projek, sekaligus memudahkan mereka menjana wang tambahan melaluinya.

Laman Freelancer.com sendiri boleh diakses oleh semua pengguna seluruh dunia, dan dengan pelancaran rasmi untuk versi Malaysia kelak, ia akan menawarkannya dengan bahasa Malaysia, disamping beberapa perkara yang dioptimasikan untuk pengguna tempatan. Buat masa ini, melalui data yang terdapat di laman Freelancer.com, terdapat seramai lebih 45,539 pengguna dari Malaysia, dan sebanyak 27,064 projek yang ditawarkan oleh pengguna tempatan.

Kami akan membawakan lebih maklumat lanjut berkaitan pelancarannya untuk pengguna tempatan pada minggu hadapan kelak.


TIPS & ULASAN