Carian
Google Memperkenalkan Google Keep Versi Web Dan Untuk Android
March 21, 2013 Aman

Setelah gambaran dan ikon Google Keep tertiris ke arena web pada awal minggu ini, hari ini Google secara rasminya memperkenalkan dan melancarkan perkhidmatan tersebut kepada semua, membolehkan pengguna menyimpan nota ringkas untuk rujukan dengan pantas.

Google Keep

Melalui Google Keep, selain daripada nota berbentuk teks, pengguna juga boleh menyimpan nota dalam bentuk audio dan juga gambar. Memandangkan ia menggunakan sokongan Google Drive, maka nota anda di sync serta-merta ke pelbagai peranti milik anda. Pengguna juga turut disediakan dengan sokongan carian untuk memudahkan mereka membuat carian nota yang disimpan melalui Google Keep ini.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan Google Keep untuk Android 4.0 dan terkini, disamping menggunakannya melalui web hari ini.

Komen