YouTube boleh dikatakan adalah salah satu laman popular di seluruh dunia, dimana menjadi destinasi utama untuk carian video, selain menjadi pilihan ramai untuk mengehoskan video mereka di internet.
Google hari ini mengumumkan dimana selepas sekitar lapan tahun beroperasi, YouTube kini mempunyai lebih 1 bilion pengguna unik setiap bulan, melayari dan menonton video pada perkhidmatan tersebut.
Dengan angka 1 bilion ini, ia menjadikan hampir satu daripada dua orang yang mengakses internet melayari laman YouTube.
Google sendiri sebelum ini telah melancarkan versi tempatan di beberapa buah negara, termasuk Malaysia, disamping membolehkan para penyedia kandungan menjana wang melaluinya.
Jadi, bagi anda, berapa video YouTube-kah yang ditontoni anda setiap hari?