Carian
Samsung Bakal Memperkenalkan Galaxy Tab 3 Pada IFA 2013?
March 21, 2013 Aman

Samsung Galaxy TabSamsung boleh dikatakan tidak memberikan kemaskini untuk keluarga tablet mereka untuk sekian lama, dan kini ia dilaporkan Samsung berkemungkinan akan mengumumkan Galaxy Tab 3 mereka pada IFA 2013 yang akan diadakan di Berlin kelak.

IFA 2013 kelak akan diadakan pada 6 September, memperlihatkan sekiranya apa yang diperkatakan adalah benar, maka kita akan melihat tablet daripada Samsung ini pada pertengahan tahun kedua kelak.

Buat masa ini, spesifikasi untuk Galaxy Tab generasi ketiga ini masih tidak diketahui. Namun mungkin kita boleh nantikan ia diperkenalkan dalam variasi 7-inci dan juga 10-inci seperti sebelum ini.

Selain daripada Galaxy Tab 3, Samsung juga turut dijangka akan memperkenalkan Galaxy Note 3 sekitar bulan September atau Oktober. Namun, berkemungkinan untuk acara Galaxy Note, Samsung akan memperkenalkannya dalam acara berasingan seperti Galaxy S4 sebelum ini.

Komen