Facebook Membolehkan Anda Spam Inbox Orang Lain Pada Harga RM0.47

Facebook Membolehkan Anda Spam Inbox Orang Lain Pada Harga RM0.47

Diterbitkan pada Mac 21, 2013 oleh .

Pada hari ini, apabila pengguna menghantar mesej kepada seseorang yang belum ditambah sebagai rakan di Facebook, mesej tersebut tidak dipaparkan pada Inbox, tetapi pada bahagian yang lain. Namun, kini untuk membolehkan pengguna menghantar sesuatu mesej terus ke inbox, sesetengah pengguna kelihatan dipaparkan dengan pilihan berbayar dari Facebook.

Facebook Inbox Berbayar

Buat masa ini, sokongan ini hanya kelihatan pada segelintir pengguna sahaja, dimana daripada apa yang diperlihatkan, Facebook mengenakan caj sebanyak RM0.47 untuk perkara tersebut.

Ia tidak diketahui sama ada fungsi ini akan digunakan ramai ataupun sebaliknya. Tetapi untuk Facebook, semestinya ini merupakan salah satu kaedah mereka untuk menjana wang tambahan.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan fungsi ini?


TIPS & ULASAN