Asus Malaysia Bakal Melancarkan AIO Gabungan Windows Dan Android Pada Minggu Hadapan

Asus Malaysia Bakal Melancarkan AIO Gabungan Windows Dan Android Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Mac 21, 2013 oleh .

Asus sebelum ini telah memperlihatkan gabungan AIO dan juga tablet mereka beberapa kali, iaitu pada CES 2013 dan juga MWC 2013. Kini, peranti hibrid tersebut bakal dilancarkan secara rasminya untuk pasaran Malaysia pada minggu hadapan.

Asus Transformer AIO

Baca : Pandang Pertama Asus Transformer AIO

Asus Transformer AIO membawakan skrin bersaiz 18.4-inci dimana dilengkapi dengan dua cip pemprosesan, satu untuk menguruskannya ketika AIO, dan satu lagi ketika digunakan sebagai tablet. Apa yang menariknya mengenai peranti ini adalah dimana ia mengabungkan dua sistem operasi, iaitu Windows dan juga Android, membolehkan pengguna menggunakan sistem operasi mereka ketika mengendalikannya sebagai AIO, dan menggunakan Android semasa menggunakannya sebagai tablet.

Mungkin kita akan ketahui lebih lanjut berkenaan dengan harga jualan tempatan, dan bagaimanakah mengendalikannya dengan menyeluruh melalui acara pelancarannya minggu hadapan.


TIPS & ULASAN