Twitter Menyambut Ulang-Tahun Ke-7 Dengan Lebih 200 Juta Pengguna Aktif

Twitter Menyambut Ulang-Tahun Ke-7 Dengan Lebih 200 Juta Pengguna Aktif

Diterbitkan pada Mac 21, 2013 oleh .

Twitter MusicTwtter boleh dikatakan merupakan salah satu laman sosial yang semakin hari semakin popular, bukan sahaja dikalangan pengguna biasa, tetapi juga dikalangan ahli politik, artis dan sebagainya.

Hari ini, Twitter menyambut ulang-tahun ke-tujuh mereka, dimana sejak dilancarkan pada tahun 2006, mereka telah melalui pelbagai perkembangan, dan kini menjadi salah satu perkhidmatan utama yang digunakan oleh ramai pada setiap hari.

Twitter turut sama berkongsi mengatakan dimana mereka mempunyai lebih daripada 200 juta pengguna aktif pada hari ini, selain mana lebih 400 juta Tweet dihantar oleh pada sesuatu hari.

Semestinya, pelbagai perkara baru akan hadir pada bulan-bulan akan datang, dan semestinya salah satu yang dinantikan adalah Twitter Music yang diura-ura akan sebelum ini.


TIPS & ULASAN