Permainan “Telaga Buruk” Dilancarkan Untuk Pengguna iOS

Permainan “Telaga Buruk” Dilancarkan Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada Mac 21, 2013 oleh .

Telaga buruk merupakan salah satu permainan tradisional yang boleh dikatakan semakin kurang popular dikalangan kanak-kanak hari ini memandangkan lebih ramai beralih kepada permainan berbentuk digital. Dengan itu, Wired In, salah satu syarikat tempatan membawa permainan tersebut ke arena digital dengan memperkenalkannya dalam bentuk permainan untuk iOS.

Telaga Buruk iOS

Melalui permainan Telaga Buruk ini, ia menyediakan beberapa pilihan permainan seperti bersaing dengan rakan-rakan (menggunakan peranti sama), ataupun bersaing dengan AI melaluinya.

Bentuk permainannya pula memerlukan pengguna melakukan beberapa gerakan, sehingga pihak lawan tidak boleh bergerak ke sebarang petak lain, dan terperangkap. Beberapa tahap disediakan, dimana pengguna akan bersaing dengan AI yang lebih sukar dari satu tahap ke tahap yang lain.

Bagi pengguna iOS yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan Telaga Buruk ini secara percuma daripada AppStore hari ini.

Muat-Turun Telaga Buruk untuk iOS


TIPS & ULASAN