Eric Schmidt : Google Tidak Akan Menyatukan Android Dan Chrome

Eric Schmidt : Google Tidak Akan Menyatukan Android Dan Chrome

Diterbitkan pada Mac 21, 2013 oleh .

Sebelum ini, kita telah mendengar beberapa ura-ura berkaitan dengan Google akan menyatukan sistem operasi Chrome dan Android mereka. Namun, kini Eric Schimdt melalui acara khas di India mengatakan mereka tidak akan menyatukan kedua-dua sistem operasi tersebut.

Menurut beliau, kedua-duanya tidak akan disatukan, sebaliknya mungkin terdapat persamaan antara satu sama lain. Selain itu, Eric Schmidt turut mengatakan kedua-dua platform ini tidak akan ditinggalkan oleh Google, seperti beberapa perkhidmatan mereka sebelum ini.

Sebelum ini, pada minggu lepas, Google melakukan beberapa perubahan pada beberapa jawatan didalam Google, dimana kini pembangunan Android dipantau oleh Sundar Pichai yang mana turut memantau pembangunan Chrome, sementara Andy Rubin beralih kepada sebuah tugas khas yang berbeza didalam Google.


TIPS & ULASAN