Kini Terdapat Lebih 100,000 Aplikasi Untuk BB10 Di BlackBerry World

Kini Terdapat Lebih 100,000 Aplikasi Untuk BB10 Di BlackBerry World

Diterbitkan pada Mac 22, 2013 oleh .

Ketika pelancaran BlackBerry 10 pada bulan Januari lepas, pihak BlackBerry berkongsi yang mana terdapat lebih 70,000 aplikasi untuknya. Kini, selepas lebih kurang tujuh minggu, sebanyak 30,000 aplikasi baru ditambah, menjadikan jumlah aplikasi untuk BlackBerry 10 mencapai angka 100,000.

BlackBerry World

Namun, seperti biasa, beberapa aplikasi diterhadkan untuk sesebuah negara dan bukan ditawarkan untuk semua pengguna.

Sehingga kini, pelbagai aplikasi telah dilancarkan daripada pembangun tempatan mahupun antarabangsa, dimana antaranya termasuklah WhatsApp, Waze, Amazon Kindle, CIMBClicks, dan beberapa lagi. Pihak BlackBerry juga turut berkongsi mengatakan aplikasi Skype, Soundhound, Viber dan beberapa yang lain akan turut hadir ke BlackBerry World tidak lama lagi.

Peranti yang menjalankan sistem operasi BlackBerry 10, iaitu BlackBerry Z10 telah dijual di Malaysia sejak dua minggu yang lepas, pada harga RM2188 dan ditawarkan secara eksklusif bersama Maxis. DiGi dan Celcom akan menawarkannya melalui tawaran pakej mereka bermula awal April kelak.


TIPS & ULASAN