Cari @ Amanz

Selepas beberapa perkhidmatan memperkenalkan sokongan pengesahan dwi-faktor, kini kelihatan Apple tidak ingin ketinggalan, dan turut sama mula memperkenalkan sokongan tersebut untuk pengguna Apple ID dan juga iCloud.

Apple ID - Pengesahan Dwi-Faktor

Seperti semua sedia maklum, melalui sokongan pengesahan dwi-faktor, ia menjadikan akaun seseorang pengguna itu lebih selamat daripada diceroboh pihak ketiga.

Dengan mengaktifkannya, pengguna selain memasukkan nama pengguna dan kata laluan seperti biasa, mereka juga akan diperlukan untuk memasukkan sebuah kod khas yang akan dihantar melalui SMS kepada pengguna. Ketika mengaktifkan sokongan ini, pengguna akan terlebih dahulu diminta memasukkan nombor telefon dan beberapa maklumat tambahan untuknya.

Daripada apa yang diketahui, sokongan ini hanya aktif untuk pengguna Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan akan diperkenalkan secara berperingkat ke negara-negara lain tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd