Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami pernah berkongsi salah satu extension khas yang membolehkan anda melihat gambar Instagram terus di laman Twitter, tanpa membuka pautan dan sebagainya. Selain extension tersebut yang terhad untuk Instagram sahaja, salah satu extension yang agak berguna untuk Chrome adalah Previeweet.

Previeweet Chrome

Previeweet membolehkan anda melihat sebuah gambar kecil bersebelahan dengan sesuatu Tweet, sekaligus mendapatkan idea awal berkenaan apakah yang disertakan dengan sesuatu Tweet itu.

Daripada apa yang dilihat, Previeweet menyokong pelbagai perkhidmatan, termasuk gambar di Twitter, Instagram, Photobucket, Facebook, Flickr, Imgur, dan beberapa yang lain.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memasang extension ini secara percuma melalui Google Chrome WebStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd