Chrome World Wide Maze Membolehkan Anda Mengubah Laman Web Kegemaran Ke Permainan 3D

Chrome World Wide Maze Membolehkan Anda Mengubah Laman Web Kegemaran Ke Permainan 3D

Diterbitkan pada Mac 22, 2013 oleh .

Google Chrome MazeGoogle sentiasa hadir dengan pelbagai eksperimen menarik, dan kini salah satu eksperimen Chrome daripada Google Jepun adalah dimana mereka membolehkan pengguna mengubah laman web kegemaran mereka kepada sebuah permainan 3D.

Lebih menarik lagi adalah apabila kita dapat menggunakan telefon pintar untuk mengawal gerakan, sekaligus membolehkan pengguna menikmati permainan tersebut dengan lebih interaktif lagi.

Untuk mengawalnya menggunakan telefon pintar, pengguna perlu sync dengan Chrome desktop mereka, dan aplikasi Chrome untuk Android memerlukan pengguna menggunakan Android 4.0 dan terkini, manakala iOS 5.0 dan terkini untuk pengguna iPhone dan iPad.

Bagi anda yang berminat, boleh bermain permainan 3D ini hari ini dengan melayari laman rasmi Chrome World Wide Maze, dan mencubanya sendiri pada komputer dan telefon pintar anda.


TIPS & ULASAN