Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan sokongan permesejan, dimana antara yang popular adalah seperti WhatsApp, WeChat, LINE dan sebagainya. Dan Maxis turut tidak ingin ketinggalan, dimana kini mereka menawarkan aplikasi permesejan mereka tersendiri, dinamakan sebagai Toot! Messenger.

Maxis Toot! Messenger

Buat masa ini, aplikasi ini hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja, dan perlu melalui proses pendaftaran seperti kebanyakkan aplikasi yang lain. Apa yang membezakan aplikasi Toot! Messenger berbanding yang lain adalah dimana ia menggunakan pelan data sekiranya penerima turut mempunyai aplikasi Toot!, dan sekiranya tidak, ia akan menghantar melalui SMS.

Sokongan lain seperti permesejan berkumpulan dan lain-lain, selain kebolehan untuk sync SMS Inbox dan juga buku alamat turut disediakan pada aplikasi ini. Maklumat penuh berkaitan aplikasi ini masih terhad buat masa ini, dan laman rasminya juga tidak memaparkan sebarang info, selain daripada hanya memaparkan pautan muat-turun ke Google Play sahaja.

Buat masa ini, pihak Maxis masih belum mengumumkannya secara rasmi, tetapi mereka yang ingin mencuba boleh memuat-turunnya dari Google Play Store.

Maxis Toot! Messenger

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd