Cari @ Amanz

Selain daripada desas-desus mengatakan Samsung dan Apple bakal hadir dengan jam tangan pintar mereka tersendiri, kini turut diperkatakan adalah dimana LG turut sama akan hadir dengan peranti seumpamanya.

LG Watch Phone

Sekiranya benar, maka ia bukanlah kali pertama LG hadir dengan peranti seumpamanya, dimana pada tahun 2009, mereka turut pernah hadir dengan jam tangan dengan sokongan GSM penuh, membolehkan pengguna membuat panggilan dan sebagainya.

Daripada apa yang kedengaran, jam tangan pintar terbaru daripada LG ini kelak akan menjalankan sistem operasi Android, dan mungkin bersaing dengan beberapa pengeluar yang lain.

Buat masa ini, bilakah ia akan dipasarkan, dan apakah fungsi-fungsi tambahan lain yang akan disertakan masih tidak diketahui.

Adakah tahun ini kita akan melhat ramai pengeluar peranti hadir dengan jam tangan pintar masing-masing?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd