Sebelum ini, pada tahun lepas, kita telah dapat melihat Google hadir dengan paten untuk jam tangan pintar mereka tersendiri, dan kini diperkatakan pasukan Android di Google dalam proses membangunkan jam tangan pintar mereka tersendiri.
Buat masa ini, Google tidak mengeluarkan sebarang komen untuknya, memandangkan mereka jarang mengeluarkan komen dan kenyataan rasmi berkaitan spekulasi.
Baru-baru ini, selain Google, apa yang kedengaran adalah dimana LG, dan Apple turut akan hadir jam tangan pintar tersendiri, sementara Samsung yang mengesahkan ia dalam pembangunan.
Ia juga tidak jelas sepenuhnya sama ada Google akan menawarkan peranti mereka tersendiri, atau hanya akan hadir dengan peranti konsep dengan menggunakan Android, supaya menjadi rujukan pembangun lain dan sebagainya.
Sebelum ini, Google turut sama pernah memperlihatkan Nexus Q yang merupakan salah satu pemain media berasaskan Android daripada Google, tetapi tidak mendapat perhatian ramai pengguna, selain hanya berfungsi sebagai prototaip awal pihak Google sahaja.